Wednesday, December 1, 2010

FiNEarT EXHIbitIOn.. MATrix SHow 2009

SubJEct MattER

Keris merupakan senjata pendek yang dikenali sebagai satu alat kebudayaan yang kecil dan mempunyai mata yang tajam. Ia digunakan sebagai satu alat senjata beladiri oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, Keris adalah satu ikonografi masyarakat melayu sebagai satu simbol mewakili kuasa dan status dalam sesebuah lapisan masyarakat. Dengan adanya pengaruh zaman koloni barat kegunaan keris sebagai satu senjata beladiri telah diharamkan untuk dipakai di khalayak umum. Di sini kejatuhan keagungan dan nilai keris semakin pudar, ia lebih digunakan sebagai satu ornamen perhiasan rumah  dan koleksi indivdu. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya


KERIS BAJAU
Keris Bajau merupakan satu hasil seni berbentuk 3D, ia merupakan satu kraftangan tradisional dalam masyarakat kaum Bajau di Kota Belud, Sabah. Keris Bajau merangkumi pelbagai nama mengikut bentuk, ukiran, saiz dan lazimnya diperbuat daripada besi. Rantai mesin gergasi dikategorikan sebagai parang kelas satu dan terbaik dalam semua jenis besi.

Sarung dan hulu Keris pula diperbuat daripada pokok tempatan Sabah dikenali ‘getis’, ‘baruk’ dan ‘rengas’, selain acasia magium atau dalam bahasa tempatan, ‘kayu sapuda’ Senjata kecil ini lebih dikenali sebagai satu alat senjata beladiri orang di serata Kepulauan Melayu. Ia mewakili kuasa, kekayaan, kesuburan, kesejahteraan dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi dan mistik yang tersendiri. 

“TUJUH SIRI”
karya ‘Tujuh’ ini adalah adaptasi daripada motif-motif dan nilai estetik yang terdapat pada Keris Bajau di Kota Belud. Karya ini mempunyai tujuh siri yang mengupas beberapa mengenai motif Keris dan elemen asas seni kepada unsur garisan. Penggunaan sapuan berus secara spontan menampakan kesan pergerakan dan ruang pernafasan. Unsur-unsur garisan pada karya tujuh dapat dilihat dari pelbagai bentuk dan komposisi yang dominan, yang bersesuaian dengan Pemilihan tajuk “Tujuh”. Nama “Tujuh” untuk karya ini adalah berdasarkan keris yang mempunyai tujuh lekuk. Antara objektif karya ini adalah untuk memulihara dan memelihara tradisi penghasilan keris agar tidak pupus di telan zaman. Melalui penghasilan karya “Tujuh” ini juga dapat memperluaskan pengetahuan masyarakat dalam penghasilan kraf tangan seperti ukiran motif pada keris. Selain itu bertujuan mendokumentasikan motif-motif yang terdapat pada ukiran keris serta menganalisa pembentukan corak yang dihasilkan.


 FInal AKU.. KerIS


Ini ADALAH kawaSAN PaMERan yAng AKu..
cANTik TAK?
boleH LAH kan...


waA... nie PANdaNGAN dARi seBELah PUla..
hA.. fInaL aku SEbenARNya adA tUJuh..
seBab 2 akU pILih TAjuk "TUJUH" juGA..



No comments:

Post a Comment